Tazkirah : Amalan Istighfar, Taubat Dapat Menghapus Dosa
MANUSIA tidak terlepas melakukan pelbagai dosa sama ada kecil atau besar. Ia meliputi kesilapan dan keterlanjuran yang menyebabkan kita semakin hari semakin jauh daripada Allah.
Semua itu dapat dihapuskan dengan bertaubat dan diiringi membuat amalan baik serta tidak mengulangi kejahatan dilakukan itu.
Sesungguhnya segala kemewahan, kenikmatan dan kemegahan yang ada di dunia ini tidak boleh membantu kita menuju ke jalan Allah. Hanya amal ibadat yang dapat membantu kita untuk memperoleh segala nikmat di alam akhirat.
Di dalam buku ini dihuraikan dengan jelas mengapa seseorang manusia itu semakin jauh dengan Allah. Antaranya adalah disebabkan memiliki hati yang kotor, mengikut hawa nafsu, mensia-siakan waktu tanpa melakukan sebarang kerja, lalai, terpengaruh anasir yang merosakkan dan mengikut perasaan.
Seseorang yang menjauhkan diri daripada-Nya, akan sentiasa gelisah hidupnya, sentiasa terhalang dan disempitkan rezeki. Begitu juga hilang ilmu yang diperoleh, menambahkan kebencian di dalam hati seseorang, membuatkan hati menjadi keras dan mati.
Oleh itu, penulis mengajak pembaca supaya merenung semula amalan kita yang mampu menghapuskan dosa. Antaranya mengamalkan istighfar dengan memohon keampunan Allah, bertaubat dan melakukan kebajikan.
Kita turut digalakkan taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadat sunat seperti solat dan puasa sunat serta bersedekah.
Sumber : Bicara Agama Berita Harian 08/02/2006
0 Comments:
Post a Comment
<< Home