Motivasi : Perniagaan
1. Matlamat yang jelas : sesetengah dari kita tidak kisah tentang matlamat, sebenarnya matlamat adalah perkara yang paling penting. Matlamat yang kabur dan hanya di awang-awangan juga akan menyebabkan kita akan selalu tersimpang. Terdapat 2 jenis matlamat, matlamat jangka masa panjang dan matlamat jangka pendek . Tetapi sesuatu matlamat haruslah mempunyai tempoh masa yang tertentu untuk mencapainya. Satu matlamat yang tidak mempunyai jangka masa adalah sia-sia.
2. Pengorbanan dan usaha : “ Banyak jalan dan cara untuk membolehkan kita gagal dalam perniagaan tapi untuk berjaya hanya satu jalan sahaja yang ada iaitu Usaha”. Pengorbanan ini boleh di bahagikan kepada beberapa perkara iaitu pengorbanan masa, tenaga, dan rohani yang boleh di kupas. Mana mungkin kalau kita malas untuk bekerja, kita akan memperoleh nya, mana mungkin kita hanya berusaha sedikit tetapi nak beruntung banyak, tiada yang ajaib dalam dunia ini... harus berusaha dan terus berusaha. Sebagai satu contoh yang jelas. Kita di terima masuk ke universiti dan di ketahui universiti adalah gedung ilmu dengan banyak buku di perpustakaan tapi tanpa usaha kita untuk menuntut ilmu dan membaca buku-buku yang banyak di perpustakaan itu mana mungkin kita akan dapat semua ilmu tersebut hanya bercakap dan melihat buku itu sahaja, prinsipnya hampir sama. Untuk memastikan kita sentiasa bersemangat untuk berjaya cuba kejar orang yang telah berjaya, berazam untuk bersaing dengannya.
3. Yakin diri dan disiplin yang tinggi : Yakin pada diri sendiri dan yakin kita boleh berjaya, selalu tanam ka pada diri kita di lahirkan di dunia ini untuk berjaya. Selain yakin pada diri kita perlu disiplin pada diri. Kalau nak berjaya kena bekerja 8 ke 10 jam sehari. Kena ada motivasi diri setiap minggu untuk mendapat kejayaan – kejayaan kecil. Yang paling penting jangan beri alasan untuk kita terus berjaya. Elakkan berkata “ah, dia boleh le... dia....... tapi aku susah... ”
4. Apa tergetnya : Fokus pada target setiap hari, setiap hari ada matlamat dan cuba untuk mendapatkan nya, jadi kan setiap hari itu cemerlang, kalau setiap hari cemerlang, setiap minggu akan cemerlang, kalau setiap minggu cemerlang, setiap bulan akan cemerlang dan akhirnya kita akan berjaya.. sentiasa lah berdoa pada Allah agar hari ini adalah hari yang terbaik untuk aku.
5. Jangan mudah patah semangat : Kita sentiasa kena urus emosi dan cuba mengawal tindakan, jangan cepat patah semangat dengan perli orang. Cuba ubah cara berfikir dan bertindak dan mencuba buat yang terbaik dalam perniagaan kita. Kalau kaedah sebelum ini tidak berkesan maka guna kan kaedah lain yang di fikirkan lebih berkesan.
Ingat “ kita berniaga, kita bukan peminta sedekah, oleh itu jangan malu dan segan. Sentiasa bersangka baik dan berfikir “ insyaAllah, rezeki akan akan datang”. Dan yang penting Perniagaan kita HALAL.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home