Monday, May 08, 2006

Petua : Tradisional Khas Untuk Wanita


Menegangkan Payudara
Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sireh melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sireh. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.
Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua 3 : Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.
Petua 4 : Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.
Melunakkan Suara
Petua 1 : Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.
Petua 2 : Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.
Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
Petua 1 : Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sireh, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.
Petua 2 : Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.
Memulih dan Menyempitkan Faraj
Petua 1 : Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.
Petua 2 : Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar.
Petua 3 : Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.
Memulih Lemah Nafsu Syahwat
Petua 1 : Ambil seekor ayam betina dara dibuat sup. Campurkan 10 ulas bawang merah, segenggam lenga dan garam secukup rasa. Amalkan makan sup tersebut 3 hari sekali. InsyaAllah anda akan kembali bernafsu dan wajah berseri.
Petua 2 : Ambil 3 biji telur puyuh atau 2 biji telur ayam kampung. Pecahkan dan bubuh dalam gelas, kemudian bubuh 2 sudu besar madu lebah asli. Kacau sehingga sebati. Kemudian minumlah. Lakukan sedemikian 2 kali sehari, seelok-eloknya satu jam sebelum tidur.
Merapatkan Peranakan
Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.
Menyembuhkan Luka Pada Rahim Selepas Bersalin
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka-luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka-luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Di samping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukarnya. InsyaAllah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.
Tahan Lama (Ketika Berjimak)
Sediakan 1 inci halia, diparut dan ambil airnya. I biji telur ayam kampung digoncang-goncangkannya. 1 biji limau nipis yang besar, perah dan ambil airnya. 1 sudu besar kicap. 1 sudu besar madu asli dan 7 biji lada sulah yang telah dihancurkan. Kesemua ramuan tersebut dihancurkan menjadi satu dan dikacau sehingga sebati. Kemudian minumlah sebelum tidur malam (terutama sebelum berjimak). Ulangi 2 kali seminggu, anda mampu berjimak di dalam masa yang lama menggunakan ramuan ini.
Kembali Gadis
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.
Mendapat Anak
Petua 1 : Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.
Petua 2 : Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Petua 3 : Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.
Mengharumkan Bau Badan
Petua 1 : Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jus daun pandan untuk dijadikan sebagai mandian. Campurkan dengan air biasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri. Gosokkan jus ini di bawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.
Petua 2 : Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yg telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.
Mengembalikan Kesempurnaan Hubungan Suami Isteri
Ambil hempedu kambing dan madu, lalu kedua-duanya dicampurkan. Minumlah air ini selama 3 pagi berturut-turut sebelum hendak bersarapan pagi. Lakukan sedemikian sekali sebulan atau setahun sekali. Petua ini menyebabkan suami berasakan isterinya amat sempurna dalam hubungan kamar.
Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawan
Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut : Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci : Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara : Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi : Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum : Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu : Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi : Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok : Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.
Membangkitkan Syahwat Suami
Isteri boleh membantu suami yg lemah syahwat bagi membangkitkan keghairahan suami melaksanakan nafkah batin. Cara-caranya ialah :
1. Sentuh dgn lembut seluruh badan suami tanpa disentuh zakarnya. Sapa dadanya, sentuh puting suami dgn hujung jari, bawa jari itu merayap ke bawah hinggalah bermain di kemaluannya. Sentuh paha dan kakinya, sentuh bahagian dalam paha dengan lembut hingga bahagian kemaluannya. Jika zakarnya belum cukup menegang, cuba langkah ke-2.
2. Ubah cara. Belai kemaluannya dan buah zakarnya, lalu bermain di situ dgn lama.
3. Sentuh perlahan-lahan cuping telinganya berkali-kali. Telinga amat sensitif pada sentuhan bagi setengah lelaki kerana sarafnya berhubung terus dgn kemaluan.
4. Buat seperti bulatan di bahagian ketiak, gunakan hujung jari, kecilkan bulatan hingga menjadi garisan bila mendekati bawah ketiak, kemudian balik semula ke putingnya.
5. Sentuh puting dgn hujung jari, gentel dgn menggunakan hujung jari dan jari tengah.
6. Sentuh bahagian perut dgn perlahan-lahan. Gosok perut suami dgn menggunakan tapak tangan.
7. Teruskan sentuhan ke bahagian kemaluannya. Kemudian uli dgn perlahan-lahan.
8. Sentuh bahagian dalam peha suami dgn hujung jari. Garis-gariskan dgn hujung kuku.
9. Pegang buah zakar. Ramas perlahan-lahan dan dgn cara yg lembut agar jgn sampai menyakiti.
10. Sentuh kepala zakar dgn hujung jari. Pusing-pusingkan pergerakan jari dari kepala zakar hingga ke batang dan balik semula ke kepala zakar.
11. Gosok bawah kepala zakar dgn perlahan-lahan menggunakan hujung jari.
12. Genggam batang zakar dgn tangan, gosok ke atas dan ke bawah dgn lembut dan perlahan.
13. Ajak suami utk bersenggama dgn pujuk rayu menggunakan suara yg manja dan menawan. Suara lembut dapat menolong membangkitkan syahwat suami.
Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.
Seksologi Wanita
1. Elakkan terlalu kerap memakan sayur-sayuran yang sejuk sifatnya seperti timun dan kangkung.
2. Jangan kerap makan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang, betik dan semangka. Amalkan minum air lobak merah dan madu lebah.
3. Jangan lakukan persetubuhan ketika sedang haid.
4. Jangan buang air kecil dan air besar serentak ketika dalam tandas.
5. Jangan kencing dalam air. Selain melemahkan kemantapan faraj, ia jua menyebabkan cepat putus haid.
6. Jangan lupa membersihkan alat kelamin selepas melakukan persetubuhan. Selain mendatangkan kelemahan, anda juga mungkin dihinggapi penyakit.
Mengubati Sifilis
Ambil daun sireh, gula merah dan garam. Tumbuk daun sehingga hancur, kemudian direbus dengan gula merah dan sedikit garam. Minum air tersebut 3 kali sehari berturut-turut.
Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan. Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbuk bersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. InsyaAllah ia amat berkesan.
Senaman Istimewa Wanita
1. Senaman Tupai : Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.
2. Senaman Kiambang : Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya : Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan.
Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.
3. Senaman Klasik Kemutan Faraj :
i. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kaki dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
ii. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Proses Pengemutan
1. Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
2. Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.
Kemut : Seperti menahan air kencing
Saranan : Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya.
Mengurangkan Air Pada Faraj
Petua 1 : Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
Petua 2 : Rebus akar serapat dan akar kacip fatimah dan minum airnya. Ramuan ini dapat mengurangkan air pada faraj dan mengetatkan faraj.
Petua 3 : Rebus biji manjakani dengan beberapa helai sireh dalam periuk. Apabila menggelegak, wapkan faraj anda dengan wap rebusan tersebut. Air rebusan yang telah sejuk boleh digunakan sebagai pencuci faraj.
Merawat Senggugut
Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid. InsyaAllah, mujarab.
Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .
Petua 5 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Senggugut Lama
Amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Ambil 7 biji limau nipis dan dicampur segenggam beras lalau diembun selama satu malam. Minumlah air tersebut pada waktu pagi sebelum bersarapan.
Memulih Puting Payudara Dari Retak-Retak
Untuk memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak.
Masalah Keputihan Pada Faraj
Petua 1 : Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus bersama air sebanyak 1 litel sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campukan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.
Petua 2 : Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.
Petua 3 : Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.
Petua 4 : Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.
Petua 5 : Rebus 10 biji manjakani, 10 biji buah keras, 10 helai daun sireh, 2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah. Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.
Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). InsyaAllah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.
Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1 : Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nenas.
Petua 2 : Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3 : Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah. Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.
Air Susu Badan Berlebihan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil. Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.
Sayang Suami
Bagi wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun tidur sebelum suami terjaga kerana petua ini tidak mujarab jika suami sudah terjaga. Rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Kemudian baru kejutkan suami untuk mengetahui hasilnya. InsyaAllah...
Memerahkan Puting Yang Lebam
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting. Lakukan setiap malam sehingga berhasil.
Memulihkan Bibir Faraj Yang Lebam
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.
Kemutan Faraj
Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Utk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dgn menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Utk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami isteri.
Mengelak Alat Sulit Berbau
1. Ambil dua helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah, bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.
2. Ini ada petua Jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa. Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampur setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campur garam dan gula aren secukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut2.
Menguatkan Tenaga Batin
Petua 1 : Petua ini telah dicuba dan ramai yang mengakui telah berjaya. InsyaAllah di samping melakukan senamam setiap pagi, cuba amalkan minum madu lebah dan campurkan dengan minyak lenga. Madu lebah 1/2 cawan dicampur dengan minyak lenga 1/2 cawan. Minum setiap pagi.
Petua 2 : Ambil 2 biji telur ayam kampung, satu sudu besar air kunyit, satu sudu besar madu lebah asli, setengah sudu air limau nipis. Campur ramuan tersebut dan kacau sehingga sebati. Minum 2 kali seminggu.
Kekal Langsing
Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati.
Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
1. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
i. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
ii. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.
iii. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
iv. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
2. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".
3. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. InsyaAllah, anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
Meningkatkan Penghadaman
1. Makan dalam keadaan tenang.
2. Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu-buru atau gelojoh.
3. Kunyah makanan sehingga benar-benar lumat, barulah ditelan.
4. Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.
5. Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika dalam waktu makan yang sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
6. Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihazamkan atau tidak perlukan penghazaman seperti bubur, madu, glukos, yogut dan lain lain.
7. Kurangkan makanan yang lambat hazam seperti lemak, protein dan karbohidrat.
Mencantikkan Payudara
Petua 1 : Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih.
Petua 2 : Tumbuk 10 ulas bawang merah hingga halus. Sapukan di sekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.
Melembut Dan Melicinkan Kulit
Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkan selama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.
Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.
Mengharumkan Air Mani
Adakala air mani perempuan berbau maung dan memeningkan kepala. Untuk mengharumkan air mani, perah limau kapas di dalam gelas. Masukkan gula batu dan bancuh dengan air hangat. Amalkan minum selama 3 pagi berturut-turut atau bila-bila masa sahaja. InsyaAllah ada perubahan.
Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1 : Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2 : Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, InsyaAllah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Petua 3 : Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan. Amalkan sehingga nampak hasilnya.
Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Petua 1 : Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua 2 : Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
Petua 3 : Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Petua 4 : Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.
Menghilang Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.
Pulih Dara
Ramuan terdiri drp 12 biji pinang muda sebesar ibu jari (boleh dibeli dari kedai India) dan gambir Sarawak sebesar kuku telunjuk (boleh dibeli dari kedai ubat cina dan penjual ubat kaki lima). Pinang muda ini dibelah dua. Pastikan isinya masih lembut dan bergetah. Tumbuk isi pinang muda ini dan kemudian diperah bagi mendapatkan air pekat bergetah berwarna kemerahan. Campurkan dengan gambir Sarawak yang telah dihancurkan terlebih dahulu. Kacau rata2 dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga terbentuk cecair pekat seperti gam (tak begitu kuat melekat apabila disentuh
Celupkan ramuan ini dgn cotton bud atau kapas yang digulung. Perlahan2 masukkan ke dalam lubang faraj yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Lakukan sorong tarik dengan berhati-hati sebanyak 3-4 kali. Peringkat awal, mungkin rasa pedih sedikit.
Jgn membasuh faraj atau buang air selama 3 jam setelah melakukan rawatan ini atau anda terpaksa mengulangnya sekali lagi. Seeloknya dilakukan rawatan petua ini pada sebelah malam atau selepas subuh. Jangan lakukan ketika sedang haid. Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rawatan ini selama 44 hari.
Jika anda melakukan rawatan petua ini dengan betul, lubang faraj anda seakan diselaputi kulit nipis seperti selaput. Jika bergesel zakar, anda akan berasa faraj anda begitu ketat dan pedih. Ini adalah kerana air pinang muda dan gambir sarawak akan mula bertindak mengetatkan permukaan dalam dan luar faraj apabila air mazi mengalir dari faraj. Apabila air ini bergabung dan menitis ke kain cadar, seperti ada tanda titisan darah bayu (jernih).
~BeLLe~

7 Comments:

Blogger Unknown said...

Jamu Dewi Suci (SDM)
JAMU DEWI SUCI
Rm65/12 Biji
cara penggunaa: 2 biji masuk dalam faraj. 4 biji makan. 2 biji setiap hari selama 3 hari.

SIAPA KAH YANG SESUAI UNTUK MENGGUNAKAN?
1- Wanita yang belom monopos.
2- Wanita yang faraj ternganga berlendir dan berair
3- Wanita yang mengalami keputihan kronik sehingga berbau
4- Wanita yang mengalami kemaluan berbau
5- Wanita yang seluar dalamnya basah akibat air dari faraj bukan kencing
6- Gadis yang tiada perawan untuk menipu Malam pertama.
7- Wanita yang Rahim kembang lepas bersalin
8- Wanita Rahim kembang selepas period
9- Wanita Rahim kembang yang tidak datang bulan
10- Wanita yang kerap jimak dan suami melepaskan air mani dalam faraj dengan kerap

Mengapa mereka perlukan produk ini?
1- Rempah di dalam faraj akan meresap semua jenis air dan lendir
2- Rempah di dalam faraj akan menyedut semua jenis air termasuk didalam Rahim sehingga Rahim mengecut.
3- Ketika rempah sedang bekerja Rahim akan mengecut dan akan mengeluarkan segala jenis cecair dan akan turun kemulut Rahim dan jatuh kedalam faraj. Rempah tersebut menyerapnya.
4- Ketika rempah di dalam faraj ketika melakukan jimak. Rempah tersebut akan menyedut air dari zakar sehingga menpercepatkan air mani keluar.
5- Rempah didalam faraj akan mengakibatkan faraj mengecut keseluruhannya.
6- Rempah herba yang di makan akan berfungsi mengecutkan Rahim dan faraj. Rempah bertindak seperti memeras Rahim untuk mengeluarkan air dari dalam Rahim.

Tindakan balas herba POSITIF kepada pengguna:
1- Dalam tempoh 1 jam lubang faraj tertutup.
2- Dalam proses 24 jam terasa berdenyut – denyut di ari – ari / atas V / dalam Rahim.
3- Terasa kering di faraj
4- Berdenyut – denyut di bahagian kanan atau kiri ari – ari.
* ketika rempah yang halus setelah di keluarkan berkondisi seperti tembakau yang bergumpal. ini terhasil dari sisa kekotoran didalam rahim seperti kotoran, air mani yang sudah lama, sisa - sisa darah haid.
* kesannya selepas dibuang rempah. rahim akan menjadi sehat dan subur. haid akan jadi teratur dan mudah mengandung.

Situasi Pengguna ketika menggunakan produk ini:
1- Faraj menjadi terlalu sempit dan kering.
2- Terasa Rahim kecil dan kecut
3- Daya kemutan 300% rapat dan sempit di bahagian faraj

Situasi Pasangan ( suami pengguna) :
1- Terasa sempit, padat dan susah nak masuk kerana laluan faraj tertutup
2- Memerlukan foreplay yang panjang untuk menghasilkan air mazi atau pelincir semulajadi.
3- Mengalami kegelian zakar maksima diseluruh bahagian.
4- Terasa zakar seperti disedut membuatkan air mani keluar dengan cepat

Kelebihan Penggunaan produk ini:
1- Wanita yang menggunakan ini akan menjimatkan tenaga untuk kemutan
2- Mampu menipu situasi dara

Tindak balas herba NEGATIF kepada pengguna:
~ Jika salah penggunaan digunakan oleh wanita tidak bermasalah seperti dinyatakan diatas akan terjadi terlalu sakit di bahagian faraj. Berdarah dan pedih.

Dilarang keras untuk:
1- Wanita yang masih belom melakukan hubungan kelamin atau anak dara atau masih dara
2- Wanita yang telah monopos
3- Wanita yang faraj kering ( ketika melakukan hubungan kelamin
memerlukan bantuan pelincir)

Berminat sms/whatsapp 0185790420 juge ade jamu Aku dara,masker vagina utk cerah,tegang,ketat juge untk putihkan ketiak..pasti suami anda akan tersenyum lebar! Kembali dara seperti malam pertama! Xcarik lain dah!

4:31 AM  
Blogger Unknown said...

HARUM MALAM : MENGEMBALIKAN NIKMAT KEBAHAGIAAN WANITA SEJATI

Psssstt..
Mahu ketat, melekat, nikmat ibarat malam pertama?
Mahu harum mewangi sepanjang masa?
Mahu jadi permaisuri di hati suami sampai bila2?
Mahu kembalikan kebahagian rumahtangga?
HARUM MALAM.. RAHSIA NYA..
 
HARUM MALAM suppliment tambahan khusus buat wanita, untuk kekal sihat bertenaga dan merawat masalah dalaman seperti keputihan, gatal2 vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan membasmi bau badan yang tidak disenangi. Boleh diamalkan setiap hari termasuk ketika period, dalam pantang dan menyusui
bayi. Ia bukan sahaja untuk mereka yang sudah berkahwin tetapi anak dara juga boleh mengamalkannya tanpa was-was!
 
KEISTIMEWAAN HARUM MALAM :
 
- Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
- Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
- Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
- Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kencing tak lawas
- Meningkatkan sistem daya tahan tubuh serta menstabilkan hormon
- Mengurangkan tekanan dan stress
- Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

 KANDUNGAN UTAMA HARUM MALAM :
 -Extrak ros
-Extrak sireh
-Buah tin
-kismis
-madu
-goji
-limau purut
-strawberry
-pueraria mifrica
-kayu serapat
-buah delima
-manjakani
-pueraria lobata
-senna
 
CARA PENGAMBILAN :

 -Minum 1 sudu besar 2 kali sehari (pagi dan malam)
**Wanita Mengandung Dilarang
 
BERMINAT MENCUBA?
JOM ORDER SEKARANG..
 
HARGA KAMI :
1 BOTOL = RM40(S), RM45(S/S)
3 BOTOL = RM100(S), RM110(S/S)
250ML / botol
- harga termasuk kos pos laju -
0185790420

9:45 AM  
Blogger Unknown said...

Milky G Teh Susu Mirifica

MILKY G RAHSIA PAYUDARA MONTOK!!

MILKY G TEH SUSU MIRIFICA merupakan produk terbaru dan paling kesan di pasaran minuman yang membantu membesarkan payudara wanita dalam masa yang singkat tanpa kesan sampingan.Ekstrak betik hijau dan Pueraria Mirifica thai untuk pemulihan tisu payudara dan meningkatkan rembesan estrogen ke tahap yang lebih tinggi bagi merangsang pengumpulan lemak untuk payudara yang lebih besar dan penuh. Sarang burung dan Marine Collagen untuk pembaharuan ligamen penggantung payudara, meningkatkan keanjalan gentian ligamen, mengukuhkan struktur payudara dan sistem sokongan untuk hasil yang lebih tegang dan gebu! Tiada lagi kesan lantunan semula! Ia juga berfungsi dengan menghalang melanin dan mengekalkan kulit yang cerah.

5 MANFAAT HEBAT MILKY G TEH SUSU MIRIFICA 1. Hasil yang memuaskan & tiada lantunan semula. 2. Tiada kesan sampingan. 3. Semudah menikmati secawan teh. 4. Memperbaiki kesihatan umum melalui pengambilan sarang burung. 5. Hasil yang Cepat & Effektif

1 CAWAN = Kaedah Urut - 500 kali. 1 CAWAN = Tempoh Penggunaan Coli Pembesaran Payudara - 6 Bulan. 1 CAWAN = Pati Minyak Pembesaran Payudara –200 kali urut. 1 CAWAN = Penggunaan Pad Pembesaran Payudara – 6 Bulan. 1 CAWAN = Sup Cina Pembesaran Payudara - 20 hari.
98% telah terbukti berkesan!

Info lanjut 0185790420

Harga kami termurah dipasaran dan original! 3 kotak RM220 termasuk pos . 10 sachet/ kotak

9:48 AM  
Blogger Unknown said...

Virginspot Power No 1 Produk Untuk Mengetatkan,Merapatkan dan Memerahkan Virgina (faraj)

Virginspot: Khusus gandingan dan tambahan kegunaan pulih dara untuk gadis yang hendak cepat berkahwin digabungkan dengan D'Vergin Active atau D'Vergin Plus. Produk ini untuk tujuan rapat dan ketat lubang faraj. Cara guna: Untuk gadis yang hilang dara, sembur kedalam lubang dalam faraj 3-5 kali semburan. Lakukan semburan 5 minit Selepas menggunakan D'Vergin Active atau D'Vergin Plus. Guna 2 kali sehari pagi dan malam. Bersihkan Faraj terlebih dahulu, cukur atau trim bulu faraj supaya tidak menganggu apabila melakukan semburan. Kemudian duduk bersandar kedinding katil, kangkang luas-luas, buka pintu faraj hingga nampak lubang dalam faraj. (untuk memudahkan melihat sila guna cermin kecil). Spray Virginspot ke dalam lubang faraj sebanyak 3-5 kali. Rapatkan peha dengan berlunjur, kemut perlahan-lahan selama 5 minit. Jangan risau jika ada cecair meleleh dari lubang faraj. Resapan herba telah pun berlaku selama 5 minit. Peringkat awal antara hari pertama hingga hari ke 15 anda akan merasa pedih (bermakna harapan untuk pulih ada). Jangan bimbang jika berlakunya pembuangan keputihan, ini kerana produk sedang membersihkan keputihan untuk membentuk tisu-tisu dara dinding baru. Untuk anda fahamkan DARA ini adalah dara tiruan yang kekal di dinding dan bukannya dara seperti asal. Jangan melakukan persetubuhan atau onani dengan memasukan benda-benda keras atau jari anda.

U/P: Makluman untuk anda: Kami hanya mengeluarkan produk herba bukan kamikal. Kami tidak menjanjikan keberkesanannya kerana DARA itu hak Tuhan. Mencuba, berusaha adalah diwajibkan jika inginkan kesempurnaan. Pantang: Jangan minum ais sewaktu proses amalan perubatan sedang dilakukan.

********************************* ********************** Virginspot: juga amat sesuai untuk para isteri yang menginginkan rasa nikmat malam pertama semula.Satu botol untuk 30 hari penggunaan. Tidak boleh digunakan sewaktu datang bulan (period).

Cara Guna Viginpspot untuk para isteri: Bersihkan Faraj terlebih dahulu, cukur atau trim bulu faraj supaya tidak menganggu apabila melakukan semburan. Kemudian duduk bersandar kedinding katil, kangkang luas-luas, buka pintu faraj hingga nampak lubang dalam faraj. (untuk memudahkan melihat sila guna cermin kecil). Spray Viginspot ke dalam lubang faraj sebanyak 3-5 kali. Rapatkan peha dengan berlunjur, kemut perlahan-lahan selama 5 minit. Jangan risau jika ada cecair meleleh dari lubang faraj. Resapan herba telah pun berlaku selama 5 minit. Khas Untuk para isteri: boleh disemburkan 2-3 semburan dan 2 kali sehari untuk mendapatkan keputusan terbaik. Atau juga lakukan semburan 3-5 semburan ke dalam lubang faraj sejam sebelum bersama suami. Guna 2 kali sehari pagi dan malam setiap hari, selama tempoh kiraan 30 hari /Hentikan pengunaan ketika datang bulan (period). Jangan guna selang-seli hari. Jika produk masih ada, teruskan mengguna sehingga habis.Pantang larang: jangan minum air batu. Buah-buahan yang mengandungi banyak air.

Berminat whatsapp 0185790420

11:20 AM  
Blogger Unknown said...

Petua yg terbaik..terima kasih

5:33 AM  
Blogger Unknown said...

Petua yg terbaik..terima kasih

5:33 AM  
Blogger Unknown said...

ada no wasup. suami saya hina saya dia kata payudara kcik.. dan air kring

3:23 AM  

Post a Comment

<< Home