Wednesday, April 05, 2006

Renungan : Apa Persediaan Kita 10 Tahun akan Datang?



Kita mungkin melihat apa yang akan berlaku hari ini, esok dan sepanjang tahun ini...dan tidak ramai juga yang melihat apa akan jadi dalam 10 tahun yang akan datang.
Segalanya semakin cepat, 10 tahun yang di belakang masih segar...dan pastinya kita rasa 10 tahun yang sudah berlalu dengan pantas tanpa kita sedar...marilah kita fikirkan!
Saya tertarik dengan satu artikel: "Mengikut catatan Z Magazine, Arab Saudi mengeluarkan 8.528 juta barrel per hari. Amerika pula mengeluarkan 8.091 juta barrel per hari dan Iran 3.775 juta barrel per hari. Jika dikira secara pukul rata, pengeluaran minyak dunia adalah 75.226 juta barrel per hari. Keluaran tahunan minyak-minyak dunia pula adalah 28180 juta barrel.
Sekarang kita lihat pula penggunaan secara minima minyak-minyak ini oleh negara-negara di dunia. Penggunaan minyak paling minima oleh Amerika adalah 19.993 juta barrel per hari. Jepun pula menggunakan minyak paling minima 5.423 juta barrel per hari dan China pula paling minima 4.854 juta barrel per hari. Seluruh dunia pula menggunakan minyak paling minima 75.988 juta barrel per hari dan setahun, dunia menggunakan minyak paling minima adalah sebanyak 28460 juta barrel.
Huhuhu...Kita tengok pula simpanan minyak dunia. Catatan semasa 1 Januari 2002 mennyebut, Arab Saudi mempunyai simpanan minyak sebanyak 261780 juta barrel. Catatan tahun 2003 untuk Kanada pula menyebut, negara tersebut mempunyai simpanan minyak sebanyak 180000 juta barrel diikuti Iraq sebanyak 112500 juta barrel. Kandungan minyak di seluruh perut bumi dicatatkan berjumlah sebanyak 1032132 juta barrel. Berapa lama minyak-minyak ini akan dapat bertahan ?.
Kita tilik pula perangkaan-perangkaan ini. Kita anggarkan minyak dunia adalah berjumlah 800 bilion barrel, manakala penggunaan minyak minimum dunia adalah 76 juta barrel sehari, jika kita buat kira-kira budak darjah 3, bahagikan antara 800 billion barrel simpanan minyak dengan 76 juta barrel penggunaan minyak minima, kita akan melihat seluruh planet bumi hanya mempunyai minyak dalam masa 10 ribu hari. Jika setahun ade 360 hari, maka minyak-minyak ini akan bertahan selama 27 tahun iaitu sehingga tahun 2027 !
Jika World Cup di anjurkan 4 tahun sekali maka kita masih ada lagi 7 kejohanan piala dunia sebelum dunia kekeringan minyak !Jika penggunaan minyak minima di planet bumi meningkat 15% setahun, maka kita ada 15 tahun lagi untuk memandu dengan selesa semasa pulang kerja dan mengisi minyak bila-bila masa jika mahu.
Mengikut dakwaan US Geological Survey, dunia masih ada 3 trillion barrel tersimpan di dalam tanah, 3 kali ganda simpanan minyak dunia hari ini, tetapi hal ini tidak begitu jelas. Adakah semua minyak-minyak ini dapat dipam keluar dan digunakan ?
Isu sebenar adalah, bilakah masanya pengeluaran minyak-minyak ini tidak lagi mencukupi dan dapat memenuhi permintaan? Semuanya adalah bergantung kepada permintaan, bukan kepada simpanan!Persoalannya sekarang...
1. Apakah harga minyak akan seperti sekarang? Bila dipadankan dengan harga minyak yang semakin meningkat...apa akan jadi dalam 10 tahun lagi?...bila simpanan minyak sudah semakin susut? Mampukah kita beli minyak lagi sebagai keperluan harian kita nanti?
2. Apakah kita merancang untuk membeli kereta impian kita bila dipadankan dengan harga minyak tersebut...mampukah kita?
3. Apa yang akan kita guna sebagai kenderaan bila semua kenderaan dah tak boleh bergerak? Teknologi kenderaan menggunakan kuasa air terlalu muda sekarang, walaupun sudah banyak kajian untuk menggantikan minyak dengan air...sempatkah?
4. Sudah tentu segala macam kenderaan dan peralatan yang menggunakan minyak dah tak berfungsi seperti kapal terbang, kapal,kereta, power plan, dan lain-lain lagi...namakanlah..
5. Lagi 10 tahun tambang bas dari Chow Kkit ke Pertama Kompleks mungkin harganya RM100, kut? Minyak mahal!
6. Apa akan jadi bila perut bumi sudah kehabisan minyak? Kesannya pada struktur tanah....tu kene tanya geologist kut?
7. Takkan nak naik basikal pergi kerja?
8. Apa kata kita ternak kuda dari sekarang? sekurang-kurangnya laju sikit?...
Macam-mana pun...saya nak lihat feedback dari sahabat-sahabat seangkatan sekalian...sebab beramallah kita sebagaimana esok kita menghadapi mati dan bekerjalah kita dan membuat persediaan seolah olah kita akan hidup lagi 10 tahun? 20 tahun?
Wallahua 'lam
~CoKeRaH~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home