Thursday, April 13, 2006

Info : Kiamat untuk PC



Saya dapat maklumat ni dari seorang kawan:

Sori ngan tajuk yg mungkin menyinggung sesetengah orang, tapi ana nak sume org ambik perhatian benda ni. Company ana sebagai pengedar produk IT dapat fax pada awal bulan ini daripada distributor kami (ECS Astar) yg merupakan salah satu authorised distributor untuk produk Microsoft.
Dlm fax itu mengatakan komputer2 yg menggunakan Windows XP cetak rompak akan menghadapi sekatan untuk beroperasi seperti biasa, sehinggalah Windows XP yg asli diinstall semula. Ana mula2 agak sceptic juga dgn amaran tu mana tau tu cumalah taktik Microsoft utk menakut-nakutkan org ramai.
Tapi semalam ana pegi ke Plaza Low Yatt, KL, didapati salinan fax tersebut turut ditampal di beberapa kedai komputer. Bila ana tanya salah sorang penjual di situ, dia kata berdasarkan seminar Microsoft yg dia hadiri, memang betul Microsoft akan enforce restriction tu pada 15 April 2006.
Komputer windows based yg akan kena adalah yg mengakses kepada internet. Yg takde sambungan internet takkan trigger event tersebut. Ana sendiri percaya benda ni secara teknikalnya boleh dibuat dan kita tak tau apa benda yg Microsoft letak dlm OS yg kita pakai ni.
Dalam masa yg sama ana search isu ni dlm internet, tapi yg peliknya tak jumpa pulak gembar-gembur tentang perkara ini . Sebab ana rasa isu ni besar impaknya sebab pengguna cetak rompak ni cukup ramai dalam semua sektor termasuk kerajaan, kewangan, pendidikan dan sebagainya.
Kalau komputer tu sume hang, mau huru hara dunia. kadang2 tu bukan dorang tak beli lesen yg asli, tapi technician install jugak yg pirate sebab leceh nak install satu persatu ikut lesen yg ditetapkan. Jadi sebagai langkah berjaga2, ana rasa langkah terbaik adalah sape2 yg menggunakan Windows XP pirate ni buat dua langkah berikut sebagai pre-caution:
1. Backup kandung komputer ke storan yg lain (CD, external hdsik dll). Paling bagus kalau dapat buat image file menggunakan Norton Ghost.
2. Jangan melayari internet pada 15 April 2006 (not sure ikut waktu Malaysia or USA, so lebih baik ambik zon masa yg terawal)
Lepas buat dua2 langkah ini, kita perhatikan la apa akan jadi kat komputer org lain.... hehehe... kalau PC dorang ok untuk sehari dua... then maybe boleh consider utk kita continue pakai. Tu je la ana nak ingatkan. Better safe than sorry.
Dalam masa yg sama, peringatkanlah kawan2 kita yg lain. Kalau pun berita ni didapati tak betul, atleast bagus jugak amalan menyediakan backup utk komputer kita tu.
~MoHD RuHaiZie RiYaDZi~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home