Tuesday, March 28, 2006

Tazkirah : Perkara yang Hilang dari Umat Islam


Samada kita sedar atau tidak, sebenarnya banyak perkara yang telah hilang dari umat Islam dan wajib kita mendapatkannya semula demi keselematan dunia akhirat. Dapat dikategorikan kepada beberapa perkara :
1. Hilang malu pada wanita
2. Hilang pemurah pada orang kaya
3. HIlang khusyuk pada orang yang sembahyang
4. HIlang tawadhuk pada golongan atasan
5. Hilang amanah pada yang diberi tanggungjawab
6. Hilang adab
7. Hilang kasih sayang
8. Hilang ilmu pengetahuan
9. Hilang rasa persahabatan Hilang rasa kehambaan, hilang rasa berTuhan...dsb
Sebenarnya banyak lagi perkara yang hilang dari umat Islam yang tidak disebutkan di sini. Maka untuk mengembalikannya, memerlukan usaha yang berlipat kali ganda. Ia memerlukan jihad yang hakiki, serta pengorbanan apa sahaja, dan perlu diambil perhatian. Pengorbanan lahir, batin, pengorbanan masa, pengorbanan kewangan, pengorbanan perasaan. Tetapi alangkah malangnya, mereka tidak menyedari pun kehilangan perkara tersebut, dan tidak diambil perhatian. Sebab itulah usaha untuk mengembalikannya tidak dititikberatkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home