Ramuan & Petua
1. Ubat Medu
Ambil bawang merah 3 ulas, bawang putih 3 ulas, halia merah besar ibu tangan, lada hitam 7 biji, baca Surah An-Nas (Qul 'Auzu bi Rabbinnas) 3x. Tiup kepadanya, kemudian tumbuk, ambil airnya diminum.
2. Ubat Batu Karang
Akar mengkuang satu genggam, gelenggang besar satu genggam, sedikit tawas : direbus dan minum airnya.
3. Ubat memecahkan batu karang
Ambil bawang merah, tumbuk, perah ambil airnya
4. Ubat patah tulang
Ambil kacang adas, giling halus-halus, kemudian masukkan kapur batu sama banyak serta jadam dipukul dengan telur putih. Apabila 'berpudi' sapukan ke tempat yang patah itu dengan diikat baik-baik.
5. Menambahkan air mani
1/2 kati susu lembu, tiga genggam buah kismis. Dimasakkan hingga menggelegak, dimakan pagi-pagi selepas mandi selama 7 hari (atau lebih bergantung pada keperluan/dapat dirasa sendiri).
6. Ubat cacing
Halia kering 1 jemput, Cekur kering 1 jemput, Halba 1 jemput, Lemuju 1 jemput, Sena maki 1 tahil. Semuanya sama banyak benda-benda ini dijadikan serbuk, dimakan tiap-tiap hari 1 camca kecil dicampur dengan air hingga mati (cacing itu) atau keluar.
Wallahua'lam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home