Info : Petua URI
Saya ni tak lah pandai sangat tapi berikut adalah serba sedikit yg saya buat semasa membersihkan uri dan menanamnya.
1. Cari belanga tanah ( kat kedai india ada banyak jual kalau boleh yg ada penutup sekali).
2. Kain putih selapis pun ok tapi biarlah sekurang-kurangnya 2 lapis.
3. Garam kasar (sepacket cukup).
4. Asam jawa ( sepacket).
5. Asam keping (50 sen ker seringit ker).
6. Bunga pecah (bunga yg depa jual yg pecah pecah tu jgn bunga pastik).
7. Arang sikit (syarat).
8. Paku sebatang (syarat).
9. Buku tulis yg kecik ( macam buku 555 tu ).
10. Pencil ke pen ker.
11. Minyak atar dan air mawar.
Ok first sekali keluarkan uri and basuh dengan air yg banyak ( mengalir buka paip tu ) then buang air yg pertama and letak garam kasar dan asam jawa tu ( ni tujuannya supaya dapat menghilangkan hanyir pada uri tersebut. Basuh dan bilas beberapa kali mengunakan asam dan garam tu then lepas dah bersih gunakan pula asam keping sekeping dua sampai darah clear dan yakin bersih ( darah tu memang takan habis tapi kita tengok lah sendiri ok ).
Lepas tu bungkus elok-elok dan letak dalam belanga tanah yg kita dah beli tu and letaklah air mawar atau minyak atar. Then letak kan pencil atau pen dan juga buku kecil tu ( ni petua org cina pula ni mengikut depa nanti budak rajin menulis dan membaca dan mengira alah suka-suka jer ok terpulang pada tuan sendiri ). Then letak lah bunga tu sikit and paku dan arang petua org melayu mengelakkan polong dan puntianak (ni pun suka suka juga ok tapi ikut jerlah petua org tua).
OK then tanam kalau perempuan kat belakang rumah kalau lelaki kat depan rumah tujuannya kalau perempuan kang pandai lah masak kononnya dan lelaki pula akan jauh merantau dan belajar ni pun suka-suka gak ok. Lepas tu letaklah bunga pecah yg balance tu atas tempat ditanam dan kalau boleh biarlah tiada haiwan yg korek and so on.
Petua nak tanam tu biar lah dalam sikit sebab nanti gigi lambat jatuh. Orang dulu letak pelita kat uri selama 44 hari untuk terang hati. Semasa kita membersihkan uri tu banyak banyak lah bismillah dan selawat minta pada Allah SWT supaya cahaya mata kita ni akan terang hati.
OK harap ini membantu. Kalau saya ada membuat salah minta ampun dan maaf ni cuma petua yg saya belajar dulu harap dapat membantu. Thanks and semuga berjaya dan semuga cahayamata menyinari hidup anda.
wallahualam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home